Thursday 6 December 2018

Anorectal Fistula

Hari ni nak share pengalaman menghidap penyakit Anorectal Fistula selama 14 tahun. Mulanya pada awal 2004. Masa tu baru daftar masuk kat UiTM Kedah. At first kena susah nk buang air besar & kerap keluar darah. Dah macam-macam klinik pergi, semua cakap buasir. Semua method perubatan aku guna, dari ke perubatan moden sampai tradisional.

Akhirnya penghujung 2014,  aku ambil keputusan untuk operation buat kali pertama dengan harapan akan hilang. First operation berjaya, tapi aku ingat dah hilang penghujung 2016, bnda sama berulang. Aku pergi jumpa doctor yang sama dan dia advise suruh buat 2nd opertaion. Aku setuju cadangan dia! sekali lagi harapan nk hilangkan benda ni terus. Terseksa wei.. So lepas 2nd operation, dia buang sekali lagi. Doctor cakap dia akan buang dalam sikit. Sbb infection dah kacau dalam sikit dari 1st operation. Dan.... kali ni berjaya.

AGAIN, kuharap panas hingga kepetang, tapi hampeh, tengah hari panaih lit lit, dia jadi lagi. Kali ni smpai lagi worst. memang terpaksa pakai tuala wanita sebab darah mcm nonstop. So June 2018, aku pergi specialist lain, Doktor advise suruh operation lagi. Kali ni aku dah putus harap, tapi sebab tak tahan, aku setuju. 3rd Operation ni lain sikit, Doctor cakap nak masukkan benang dalam lubang fistula tu. Perghh...... masa tu ngilu ngeri semua ada. Mcm mna doc nk masukkan tu? Selepas discuss, aku setuju, Maka lepas operation, aku diberi masa 6 bulan untuk biarkan benang yg di ikat tu. nanti aku tunjukkan mcm mna ikatan tu. tapi dalam 6 bulan tu, terseksa zahir batin beb. nak buang air besar susah, nk duduk susah. sbb kena jaga benang tu elok2. kalau silap duduk atas benang tu, weeeewit... rasa mcm nk tercabut bontot.hahahaha.

Back to the story, selepas 6 bulan, doctor cakap aku getting better, so AGAIN......... kena operation untuk bukak ikatan tu pulak.. Aduhhhhh dalam hati tuhan je tau. berapa kali nak kena operation. Nak tak nak, kena ikutkan jugak. So selepas 4th Operation, Alhamdulillah, syukur.. semua berjalan lancar. Sekarang aku 80% bebas dari Anorectal fistula buat masa ni. Everyday getting better. Thanks Allah. Hopefully, that was the ended of 14 years of suffering. Amin...


Ok kalau nak tau menatang apa penyakit ni tgk bawah ni aku copy paste info dari internet. takpun hang boleh google ja.

Source :https://www.fascrs.org/patients/disease-condition/abscess-and-fistula-expanded-information

Aku kena yang Abjad C 


Macam ni la 3rd operation aku. Doctor ikat benang ni.. (seksa woi nk duduk)




So tu la experience aku kena fistula ni. Harap2 lepas ni xdak dah la.. Amin Hangpa doakan aku ye! (poyo ja)

Sekian











Wednesday 7 June 2017

EGO

Jangan disebabkan terlalu ego,anda hilang seseorang,
.
.
.
.
Mungkin sudah tiba masanya aku mula berhenti untuk berharap,
Tapi dari jauh sudut hati, aku masih ingin beri peluang kedua/ketiga.


Saturday 27 May 2017

Sekali Lagi??

Pelik.... Tapi itu yang berlaku.. kesekian kalinya aku tertanya tanya, apa salah aku lagi kali ni? di gantung tanpa kata putus. tanpa alasan langsung..

Apa aku ni yang teruk perangainya? aku dh cuba jadi diri sendiri.. Perlukah aku berlakon demi nk memuaskan hati orang? lambat laun, orang akan tahu.


Aku bukan jenis lelaki yang suka merajuk. Marah aku pun hanya sekejap. Aku bukan pendendam. tapi bila di salah erti, aku rasakan tak perlu aku menjelaskan semuanya..biar kau sendiri menilai.


Permulaan Ramadan kali ni meninggalkan kesan yang amat hebat. Seringkali dibenci, diabaikan tanpa sebarang kata. 


MrFA

27052017

EPISOD DUKA : Pertemuan, Perpisahan & Peluang

Kenapa harus ada PERTEMUAN jika PERPISAHAN itu pasti berlaku.. 

➽  Setiap pertemuan PASTI ada perpisahan. Amat mudah untuk difahami tetapi begitu berat untuk dihadapi. Namun, jika tidak ada kata perpisahan, mungkin pertemuan tidak akan terjadi. Sudah menjadi lumrah pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Dua situasi yang memang tak dapat dielakkan. Sesiapa pun akan mengalami situasi ini, tapi apakah ia perlu? Pertemuan kebiasaannya diwarnai dengan hal-hal yang indah & bahagia. Perpisahan?? sudah semestinya ia diakhiri dengan kesedihan,kedukaan dan kesedihan. 
Apapun terjadi; Pertemuan adalah sesuatu awalan dari sesuatu yang baru dan perpisahan bukanlah bermaksud pengakhiran segala galanya. Terpulang pada setiap individu itu menilai dan seterusnya membuat keputusan. Adakah perlu perpisahan setelah Allah S.W.T berikan pertemuan itu. 



Kenapa perlu ada PELUANG kedua jika kebarangkalian ia disia siakan itu mungkin ada?

➽Setelah peluang petama disia siakan, apakah masih perlu peluang kedua? kebiasaannya ia sering berlaku atau diminta didalam percintaan ataupun dalam melakukan sesuatu pekerjaan, Tetapi adakah kita menggunakan peluang itu sebaiknya? Ramai berpendapat setelah peluang pertama di sia siakan, tidak perlu lagi peluang kedua. Adalah sebaiknya peluang kedua itu diberikan kerana peluang kedua adalah untuk kita memperbaiki perhubungan dan membetulkan apa yang salah sebelum ini. Tetapi perlu ingat bahawa, gunalah peluang kedua itu sebaik baiknya kerana peluang ketiga itu belum pasti.


**Pendapat peribadi aku, gunalah setiap Pertemuan,Perpisahan dan peluang itu sebaiknya sebab kita bukan sesiapa. Hidup ni sama mcm roda. kadang kat bawah. Fikir lah sebaiknya sebelum membuat keputusan. Jika anda diberi peluang kedua, hargailah dia. Siapa yang sanggup nak bagi peluang kedua setelah pernah di halau, diherdik tetapi boleh lupakan segala-galanya apa yang pernah dia hadapi. Percayalah, tak semua orang boleh bagi peluang kedua. Renung renungkan**


Selamat Berpuasa

MrFA
27052017



Monday 4 July 2016

Ramadhan 2016

Pejam celik, lagi 1 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita. Entah sampai entah tidak ke ramadhan yg seterusnya, Aku berdoa agar usia ini di panjangkan agar dpt bertemu lagi ramadhan yg akan datang.

Ramadhan kali ni banyak meninggalkan kengan pahit manis yang aku rasa xperlu aku perjelaskan satu persatu. Cukuplah sekadar synopsis jalan cerita liku liku kehidupan aku yg bukan sesiapa.

Aku bukan mencari kemashsyuran atau populariti, cuma catatan seorang anak kampong yg berbekalkan semangat juang untuk family aku... bukan untuk orang lain..

Apa yang aku buat skrg semua kerana family aku.

Anorectal Fistula

Hari ni nak share pengalaman menghidap penyakit Anorectal Fistula selama 14 tahun. Mulanya pada awal 2004. Masa tu baru daftar masuk kat UiT...