Thursday, 21 March 2013

Perihal Lelaki

Tanda Seorang Lelaki Benar2 Mencintai Anda

1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap.


2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.


3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya kekasih kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh


4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.


5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'


6. Dia akan menerima kekurangan anda.


7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.


Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda.

 

Fairuz Anuar

 

 

Makanan Sihat Untuk Lelaki

 

Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

 

1. Tomato @ Sos tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2. Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3. Brokoli

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

 

4. Peanut butter

Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

 

5. Tembikai

Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.

 

 

Fairuz Anuar

 

Monday, 18 March 2013

PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S27)

Semalam, 17 Mar 2013, aku hadiri PAC utk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat(S27). Tak tau la dapat ke tak sbb memang sangat ramai yg hadir..aku nie terasa kecik jer…apepun aku dh buat yg terbaik..tggu je la result..

 

Fairuz Anuar

 

Thursday, 14 March 2013

Stress...

Argh, stress dengan work load yang tak tercapai akal..attach dengan quit big project..banyak benda kena tengok.
Hhurm ape pun kena teruskan jugak, nak cari makan. At least dapat experience baru. Tapi yang tak puas hati ni sebab environment sekeliling nie.
Kena la banyak bersabar…

Fairuz Anuar


Anorectal Fistula

Hari ni nak share pengalaman menghidap penyakit Anorectal Fistula selama 14 tahun. Mulanya pada awal 2004. Masa tu baru daftar masuk kat UiT...