Saturday, 27 May 2017

Sekali Lagi??

Pelik.... Tapi itu yang berlaku.. kesekian kalinya aku tertanya tanya, apa salah aku lagi kali ni? di gantung tanpa kata putus. tanpa alasan langsung..

Apa aku ni yang teruk perangainya? aku dh cuba jadi diri sendiri.. Perlukah aku berlakon demi nk memuaskan hati orang? lambat laun, orang akan tahu.


Aku bukan jenis lelaki yang suka merajuk. Marah aku pun hanya sekejap. Aku bukan pendendam. tapi bila di salah erti, aku rasakan tak perlu aku menjelaskan semuanya..biar kau sendiri menilai.


Permulaan Ramadan kali ni meninggalkan kesan yang amat hebat. Seringkali dibenci, diabaikan tanpa sebarang kata. 


MrFA

27052017

EPISOD DUKA : Pertemuan, Perpisahan & Peluang

Kenapa harus ada PERTEMUAN jika PERPISAHAN itu pasti berlaku.. 

➽  Setiap pertemuan PASTI ada perpisahan. Amat mudah untuk difahami tetapi begitu berat untuk dihadapi. Namun, jika tidak ada kata perpisahan, mungkin pertemuan tidak akan terjadi. Sudah menjadi lumrah pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Dua situasi yang memang tak dapat dielakkan. Sesiapa pun akan mengalami situasi ini, tapi apakah ia perlu? Pertemuan kebiasaannya diwarnai dengan hal-hal yang indah & bahagia. Perpisahan?? sudah semestinya ia diakhiri dengan kesedihan,kedukaan dan kesedihan. 
Apapun terjadi; Pertemuan adalah sesuatu awalan dari sesuatu yang baru dan perpisahan bukanlah bermaksud pengakhiran segala galanya. Terpulang pada setiap individu itu menilai dan seterusnya membuat keputusan. Adakah perlu perpisahan setelah Allah S.W.T berikan pertemuan itu. 



Kenapa perlu ada PELUANG kedua jika kebarangkalian ia disia siakan itu mungkin ada?

➽Setelah peluang petama disia siakan, apakah masih perlu peluang kedua? kebiasaannya ia sering berlaku atau diminta didalam percintaan ataupun dalam melakukan sesuatu pekerjaan, Tetapi adakah kita menggunakan peluang itu sebaiknya? Ramai berpendapat setelah peluang pertama di sia siakan, tidak perlu lagi peluang kedua. Adalah sebaiknya peluang kedua itu diberikan kerana peluang kedua adalah untuk kita memperbaiki perhubungan dan membetulkan apa yang salah sebelum ini. Tetapi perlu ingat bahawa, gunalah peluang kedua itu sebaik baiknya kerana peluang ketiga itu belum pasti.


**Pendapat peribadi aku, gunalah setiap Pertemuan,Perpisahan dan peluang itu sebaiknya sebab kita bukan sesiapa. Hidup ni sama mcm roda. kadang kat bawah. Fikir lah sebaiknya sebelum membuat keputusan. Jika anda diberi peluang kedua, hargailah dia. Siapa yang sanggup nak bagi peluang kedua setelah pernah di halau, diherdik tetapi boleh lupakan segala-galanya apa yang pernah dia hadapi. Percayalah, tak semua orang boleh bagi peluang kedua. Renung renungkan**


Selamat Berpuasa

MrFA
27052017



Anorectal Fistula

Hari ni nak share pengalaman menghidap penyakit Anorectal Fistula selama 14 tahun. Mulanya pada awal 2004. Masa tu baru daftar masuk kat UiT...